Teknik Memulakan Perniagaan Internet Dengan Percuma
Assalamualaikum dan salam hormat,
Pada pagi ini, saya ingin berkongsikan bersama anda teknik atau kaedah yang confirm
menjadi untuk memulakan perniagaan internet bagi yang ingin menceburkan diri dalam
bidang perniagaan internet.
Pertama sekali, anda perlukan modal untuk memulakan perniagaan anda. Tidak kira lah
sama ada anda ingin menceburkan diri dalam bidang affiliate atau dropship. Hal ini lebih
efisien jika anda lakukan pemasaran yakni berbayar.
Bagaimana kita boleh dapatkan modal untuk mulakan perniagaan internet ini?
Pertama sekali, saya cadangkan anda untuk memulakan perniagaan dengan menawarkan
servis yang anda pakar dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, jika anda pakar dalam
bidang grafik dan design.Anda boleh tawarkan kepakaran anda untuk mencipta logo,
mencipta timeline cover untuk fanpage, membina blog atau website.
Persoalan sekarang, di mana kita boleh tawarkan khidmat kita semua ini? Kalau pasaran
kita kecil dan tidak luas, biarlah skil dan teknik kita hebat sekalipun memang tiada guna
sebab tiada pembeli atau prospek.
Saya amat sarankan anda untuk mencuba untuk listingkan servis atau khidmat anda
di Murahnya.my , saya sendiri memulakan empayar perniagaan saya dengan
meletakkan servis saya di Murahnya.my.
Oleh itu, kita dapat mulakan apa-apa perniagaan kita dengan pendapatan yang kita
peroleh daripada Murahnya.my. Hal ini ibarat seperti kita tidak menggunakan wang
sendiri untuk melabur dalam perniagaan kita.
Pada post yang seterusnya, saya akan cuba berkongsi bersama anda bagaimana
Murahnya.my dalam menjana wang daripada Murahnya.my . Jangan bimbang.
Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini untuk hari ini. Sebarang pertanyaan boleh
komen di bawah.
Mendoakan Kejayaan Anda!
Terima Kasih Saudara Aiman
No comments:
Post a Comment