Bacaan Santai Untuk Sahabat Blog nazmizakaria Di Hujung Minggu!

 Jom santai-santai sudah! :)


Salam ceria sahabat,


Anda pernah buat kesilapan ini?

Anda membeli kereta baru, rumah baru atau TV plasma


baru dan menggunakan duit gaji anda untuk membayarnya?


Jika YA, anda telah membuat kesilapan besar!


Tetapi jangan risau, kerana hampir 95% orang lain


juga membuat perkara yang sama. termasuk saya!  :-)


Saya ingin katakan apa yang biasa anda lakukan bukanlah


taktik para jutawan. Jutawan menggunakan satu taktik


yang cukup licik untuk membeli apa sahaja yang mereka


mahukan...secara PERCUMA. Huh?


Saya telah menggunakan teknik rahsia ini setelah saya


membaca buku bestseller, Robert Koyasaki "Rich Dad Poor Dad".


Dalam buku tersebut Robert menceritakan satu hariseorang broker kereta menelefon 

dan berkata yangkereta idaman beliau, Porsche edisi terbaru barusahaja tiba dan 

mengajak beliau melihatnya.


Robert yang memang mengidamkan kereta Porsche terpegun


melihatnya dan tanpa berfikir dua kali terus membeli


kereta Porsche ini secara hutang. Beliau terus memberi


deposit dan membuat pinjaman selama 5 tahun. Ya,


beliau sudah pun menjadi jutawan tetapi tetap mahu


berhutang! Macam mana tu...


Ok, biar saya terangkan.


Beliau terus memberi deposit dan membuat pinjaman selama


5 tahun. Kemudian apa yang beliau lakukan ialah mencari


satu projek hartanah dan menyewakannya. Duit sewa dari


projek hartanah tersebut digunakan untuk membayar sewa


bulanan kereta Porsche. Secara logiknya, bukankah beliau


membeli kereta ini secara percuma?


Konsep jutawan yang ingin saya jelaskan disini ialah jika


anda mahu membeli sesuatu yang mahal harganya, anda perlu


memikirkan satu cara untuk membayar ansuran bulanan tanpa


perlu mengeluarkan duit kocek anda sendiri.


Ingat duit yang masuk ke kocek anda ialah aset dan duit


yang keluar dari kocek anda ialah hutang! Jika anda pelik


mengapa anda masih lagi tidak hidup senang, inilah punca


sebenarnya. Bukannya gaji anda kecik, anda sudah 10 tahun


tak promote, boss anda kedekut, isteri anda habiskan duit


anda atau apa juga alasannya.


Sebenarnya punca mengapa sesorang tidak hidup senang ialah


mereka menggunakan duit gaji setiap bulan untuk membayar


kereta, minyak kereta, rumah, bil astro, susu anak..


semuanya. Sebab itulah setiap hujung bulan akaun bank anda


semakin berkurangan. :-(


Jadi apa yang perlu anda lakukan?


Cari punca pendapatan baru! Jangan hanya bergantung kepada


satu punca pendapatan sahaja. Jika satu punca pendapatan


bermasalah, anda mempunyai cabang duit lain yang boleh


membantu.


Banyak punca pendapatan yang boleh anda fikirkan. Antaranya


ialah perniagaan internet, mlm, ejen insuran, berniaga di pasar 

malam dan banyak lagi yang boleh

anda fikirkan. Cari sesuatu yang sesuai dengan jiwa anda


dan impian hidup anda.

Sahabat konsep kekayaan ini nampak mudah tetapi


impaknya akan membuatkan anda melarat seumur hidup atau


anda bakal bergelar seorang jutawan satu hari nanti. Buka


minda anda dan cuba fahamkan.

Credit to:  Haszoor Muaidi

Ikhlas

Admin

Lihat iklan Admin

>>> TUNE TALK/TONE EXCEL

 

No comments:

Post a Comment