Wah..Wah..wah .. Tajuk Menarik Nie Boh!!! Cara Mula Bisnes Gaya Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A.

Assalamualaikum dan salam hormat.


Alhamdulillah. Allah telah berikan ruang dan peluang bagi saya untuk berkongsi bersama

 anda kali ini.



Hari ini, saya nak fokuskan pada cara mula berniaga atau bisnes. Kerap kali juga saya 

terima soalan seperti, ‘Aku nak berniaga apa ya?’, ‘Servis apa ya yang aku boleh buat?’.



Selalu saya akan teringat tentang cara Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A memulakan 

perniagaan amat berbeza dengan cara kita. Boleh sambung baca post ini kalau berminat:



Abdul Rahman bin Auf adalah seorang bisnesman yang sangat terkenal.


Beliau ikut dalam rombongan Nabi berpindah dari Mekah ke Madinah, dalam keadaan 

sehelai sepinggang.


Apabila tiba ke Madinah beliau bertanya, “Tunjukkan kepadaku di mana pasar?”


Jadi, daripada pertanyaannya itu kita membaca Saidina Abd. Rahman bin Auf.


Apabila beliau mahu memulakan bisnesnya di Madinah, beliau bukannya berfikir, “Aku 

mahu jual apa?”


Beliau mencari maklumat tentang keadaan pasaran di Madinah. Selepas dia tahu pasaran 

di situ, barulah beliau memikirkan apa produk yang dapat dijualnya di Madinah.


Selesai kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dirahmati Allah SWT.


Pendapat saya, lebih mudah untuk kita kenal pasaran dan prospek/ pelanggan 

berbanding tergesa-gesa untuk berfikir untuk jual produk/servis secara menkhinzir buta. 

Hal ini kerana mudah bagi kita melancarkan perang promosi habis-habisan.


Selain itu, kenali pelanggan yang akan berikan pulangan yang banyak berbanding mula 

menjual produk tanpa kenal prospek/pelanggan anda.


Kita menjual servis/produk untuk selesaikan masalah prospek/ pelanggan di samping 

mencari untung. Jika kerja buat kita kena dan memuaskan hati pelanggan, pasti kita akan 

dapat kembali pulangan yang kita sendiri tidak sangka.


Yang utama ialah kejujuran dalam perniagaan dan ikhlas dalam membantu menyelesaikan

 masalah pelanggan /prospek anda.


Sekian sahaja post daripada saya. Sebelum itu, sudi-sudi la sambung bacaan anda di 

bawah kalau berminat. . ....——————————-Terima kasi kerana sudi sambung bacaan anda.


Alhamdulillah, saya dah buat beberapa menu baru kalau anda sedar iaitu SERVIS dan 

PERCUMA .


Kalau anda berminat untuk mendapatkan SERVIS saya pada harga yang gila murah.

 Boleh lah, pm saya di Facebook :  http://www.facebook.com/vendiceaiman 


dengan pm ‘Nak kupon diskaun’  atau


mesej ‘Nak Kupon diskaun’ ke 0134059229. (Tak digalakkan)


Sumbangan Cerita dan Gambar Dari Saudara Aiman! (blogaiman.com) 



No comments:

Post a Comment