Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Ini antara soalan sering ditanyakan. Ni saya kongsikan satu rahsia
besar. Jika dalam pengurusan dokumen kerajaan, fail bertanda
Rahsia Besar berwarna kuning dan berpalang (X).
Rahsia ini membolehkan anda berpotensi besar untuk menang
dalam sebut harga atau tender yang anda sertai.
Apa rahsianya?
Harga, selepas anda melengkapkan dokumen spesifikasi teknikal
sebutharga/tender, anda perlu melengkapkan dokumen spesifikasi
harga. Ini bagi membolehkan jawatankuasa harga menilai kekuatan
syarikat anda dan harga yang anda tawarkan untuk sebut harga
atau tender yang cuba anda menangi.
Persoalan dikalangan kontraktor / usahawan baru, berapa peratus saya nak mark-up harga?
Boleh ke saya mark-up sehingga 100 peratus?
Berapa harga paling sesuai untuk anda mark-up?
Ini pengalaman sdr Khairul Nizam yang telah berkhidmat dalam
Kementerian dan Jabatan Kerajaan melebihi 10 tahun.
Mengikut kebiasaan yang beliau lakukan semasa menyediakan
dokumen sebut harga atau tender adalah sebelum beliau membuat /
mengeluarkan sesuatu sebut harga atau tender, pihak yang
melaksanakan perolehan kerajaan akan terlebih dahulu membuat
kajian pasaran bagi semua produk bekalan atau perkhidmatan yang
akan dimasukkan ke dalam sebut harga atau tender yang akan
dikeluarkan.
Teknik kajian pasaran dilakukan adalah dengan menghubungi
beberapa kontraktor yang biasanya mempunyai hubungan baik
dengan mereka untuk membantu dalam menyediakan quotation
produk bekalan atau perkhidmatan yang diperlukan, sekurang-
kurangnya 3 – 5 sebut harga akan diperlukan untuk tujuan ini.
Setelah mendapat semua quotation dan telah mengetahui harga
produk dan perkhidmatan tersebut secara keseluruhan. Biasanya
pihak jabatan yang menyediakan dokumen sebut harga atau tender
dan memohon peruntukan akan mark-up sebanyak 20 – 25 % dari
purata harga yang diberikan.
Ia bertujuan agar peruntukan yang telah diminta mencukupi untuk
meneruskan proses mengeluarkan sebut harga atau tender.
Anda boleh menggunakan formula rahsia besar ini sebagai
senjata dan menjadi panduan dalam menetapkan harga untuk sebut
harga atau tender yang disertai.
Untuk banyak lebih lagi tips dan panduan, sila dapatkan ebook
Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan hari ini.
Harap anda terus bersemangat dan kekalkan momentum untuk
terus berjaya!
Terima Kasih
Jangan Lupa Dapatkan Segera eBOOK Perolehan Kerajaan hasil karya saudara Khairul Nizam segera -->

No comments:
Post a Comment