Pemasaran Emel Dengan Autoresponder

Salam dan selamat sejahtera,
Kali ini saya nak kongsi ilmu mengapa kadang-kadang kita lihat internet marketer dapat menjana rm5000- rm10,000 sehari ?
Jawapannya adalah mereka menggunakan 
AUTORESPONDER untuk memasarkan bisnes mereka


Salah satu alat terbaik yang anda boleh miliki untuk kempen pemasaran emel adalah 
autoresponder. Terdapat banyak faedah yang anda boleh dapat melalui sistem begini, tetapi 
perkara terbaik ialah autoresponder akan menguruskan kempen pemasaran anda sepanjang 
masa tanpa kegagalan, yang juga bermaksud anda sebagus jurujual 24-jam untuk 
mempromosikan kempen pemasaran online anda. Pernahkah anda lihat surat jualan yang 
memberitahu anda bahawa mereka akan menjawab pertanyaan anda walaupun pukul 2 pagi? 
Jangan menganggap bahawa mereka terus berjaga sepanjang masa mengawasi peti surat 
mereka. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan autoresponder yang menghantar respon 
automatik ke sistem pertanyaan, dengan segera.

Kepada orang yang menerima, ini benar-benar ciri yang hebat. Mereka tidak perlu menunggu, 
mereka mendapat semua jawapan dengan segera. Semasa anda merancang untuk 
mengautomasikan tugas sebanyak mungkin demi menjimatkan masa untuk tugas penting yang 
lain, anda memang tidak boleh abaikan autoresponder.

Mari kita lihat beberapa faedah yang anda dapat dengan autoresponder:-

Ia Membina Squeeze Page
Inilah satu faedah terbaik. Pada squeeze page, anda memerlukan butang yang pelawat perlu 
isi dengan nama dan emel mereka. Autoresponder ada kod lazim yang anda boleh guna pada
 laman web anda yang mana menghasilkan borang-borang ini. Bukan itu saja, ia boleh 
merekodkan maklumat yang pelawat anda letakkan dan menyimpannya dengan selamat untuk 
komunikasi kemudian hari.

Ia Menghantar Jawapan Segera
Sebaik saja alamat emel diterima, autoresponder akan hantarkan mereka jawapan segera, 
yang mana secara automatik. Anda boleh tetapkan jawapan ini pada bila-bila masa supaya 
jawapan yang anda buat itu akan menuju ke orang-orang ini. Kata-kata ialah tugas anda, servis 
ialah tugas autoresponder.

Ia Meneruskan Kempen Pemasaran Emel Anda
Apabila anda hendak menghantar emel promosi selanjutnya kepada semua lead ini, anda 
tidak perlu mengisi semua alamat mereka secara manual. Autoresponder yang telah 
menyimpan maklumat mereka akan menghantar emel-emel ini kepada semua orang yang 
berada dalam senarai itu dengan segera.

Ia Mengesan Jawapan
Sebarang jenis respon yang emel ini terima akan direkodkan oleh autoresponder dan akan 
dilaporkan kepada anda. Anda tidak perlu mengesannya langsung. Hakikatnya, anda boleh 
mengautomasikan jawapan kepada mereka melalui autoresponder- autoresponder ini.

Perkara terbaik ialah tanggapan. Lead anda akan mengetahui betapa tekunnya anda tentang
 seluruh perkara ini. Mereka akan rasa gembira membuat bisnes dengan anda kerana 
ketepatan servis yang anda pamerkan melalui autoresponder yang hebat ini.

Jika anda masih tidak mempunyai sebarang akaun autoresponder, daftarlah secara

PERCUMA disini

No comments:

Post a Comment