Apa maksud Allahu Al-Musta'an?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ada juga rakan-rakan yang bertanya, apa maksud Allahu Al-Musta'an
الله المستعان

Kalimah ini diambil daripada ayat al-Qur'an al-Karim daripada Surah Yusuf ayat ke 18 :

«قال بل سولت لكم أنفسكم أمرا فصبر جميل و الله المستعان على ما تصفون»

"...Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu"

Kalimah ini juga didapati daripada ayat al-Qur'an al-Karim daripada Surah al-Anbiya' ayat 112 :
وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Yang bermaksud, "...Dan Tuhan kami itu Yang Maha Pengasih, Yang menjadi tempat/entiti memohon pertolongan terhadap segala apa yang kamu sifatkan"



Maka,
Allahu Al-Musta'an :

Allah itu Tuhan Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya

Sebagaimana petikan Syair Ilmu Nahu Matan Ibnu Aajarumiyyah oleh Imam An-Syanqiti :

والله أستعين في كل عمل
إليه قصـدي وعليه المتكل

Dan kepada Allah swt aku pohon bantu dalam tiap amal,
KepadaNya tujuanku dan ke atasnya aku bertawakkal!


Tambahan syarah [penjelasan] daripada rakan saya, al-Fadhil Akhuna Yahya Abdul Shukor al-Hafiz :
Jadi Al-Musta'an bermaksud, entiti yang dipohon pertolongan. Sebab, kalau kita sedar, bila kita sudah di tahap paling susah, tiada tempat/entiti yang dapat kita minta bantuan, melainkan Allah sahaja, kerana itulah Allah itu Al-Musta'an.
Dalam kata lain, bila sebut Allahul Musta'an, kamu perlu minta bantuan Allah! :)
Kalau tak nak pergi jauh sampai Anbiya' cukup pergi ke Surah Fatihah, Iyyaaka na'budu wa iyyaka na'staiin. Hanya kepada Engkau kami menghambakan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
Wallahu ta'ala 'alam

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين وسلم


No comments:

Post a Comment