Keutamaan Syarikat Bumiputera Dalam Perolehan Kerajaan!! Info Hangat Nie Boh!!! Jom Baca :)

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehan 

kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan 

kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. 

Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika 

memenuhi kreteria seperti berikut:

1.    Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah  melebihi saham individu bukan Bumiputera


2.    Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera


3.    Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera


4.    Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera


5.    Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera


6.    Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.



Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak

bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja 

dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.


Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki 

memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan 

perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti  di bawah: 



Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan

  1. Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 peratus

  2. Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 peratus

  3. Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 peratus

  4. Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 peratus

  5. Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 peratus


Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh 

diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan 

sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 peratus.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 peratus = RM 500,000


Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat

tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi 

keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan 

harga lebih rendah dari nilai tersebut.



Untuk lebih maklumat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi 

perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan

Baca Info Selanjutnya DISINI 

No comments:

Post a Comment