Perbelanjaan RM1.5 Bilion Untuk Kenaikan Gaji Penjawat Awam 1Julai Depan




Kuala Lumpur: Kakitangan awam akan menerima kenaikan satu tangga gaji berkuat kuasa 1 Julai depan. Kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 itu diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini.Mereka yang layak mendapat satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) itu membabitkan semua kakitangan awam di bawah Sistem Saraan Malaysia (SSM) bertaraf tetap, sementara dan kontrak yang dilantik sebelum 1 Julai 2013 dan sedang berkhidmat pada hari berkenaan.

Tabiat Makan yang boleh membuatkan anda KURUS.

Salam dan selamat sejahtera ..

Terima Kasih kerana masih setia dengan blog 

nazmizakaria.blogspot.com

Alhamdulillah petang tadi sudah selesai menjawab Paper Final 

Exam yang KILLERRR ..

iaitu Paper Seafood Safety and Quality ..

Mengapa saya boleh jawab???

Tips Perolehan Kerajaan ? Apakah Itu? Jom Baca.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Ini antara soalan sering ditanyakan. Ni saya kongsikan satu rahsia

besar. Jika dalam pengurusan dokumen kerajaan, fail bertanda  

Rahsia Besar berwarna kuning dan berpalang (X).


Rahsia ini membolehkan anda berpotensi besar untuk menang 

dalam sebut harga atau tender yang anda sertai.

Apa rahsianya?

5 TIP MUDAH BERDIET !!! Anda perlu Baca .. ;)

Salam dan selamat sejahtera sahabat blog nazmizakaria.blogspot.com :)


Kali nie nazmi nak kongsi kan pada shabat sume tips-tips untuk kita kuruskan badan.. 


Sebab ape kita perlu kurus ??


Sebab kita perlukan keyakinan diri kita!

Nak ke kita selalu diejek ?? diperli ?? dihina disebabkan kita gemuk ???

Adakah ini benar? Atau bohong? (bukti di sini)

Salam hormat sahabat sekalian ;),
Nazmi di sini. Saya harap anda sibuk dengan urusan
sendiri (maksud saya fokus bina bisnes sendiri ya...
hehe) ;).... Saya nak citer kisah sahabat saya iaitu Edmund Loh

so baca tau sampai habis .. macam mna dia jana Pendapatan Melalui Internet ...
Di bawah ni kisah dia yek Check It Out!! :)


Fadhilat Bulan Syaban

Bulan Syaaban muncul lagi. 

Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. 

Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. 

Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. 

Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.


PENGERTIAN SYAABANBulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)


MALAM NISFU SYAABANNisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a: 

Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” 

Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.

Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).

FADHILAT BULAN SYAABANDi antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :


  • Memperbanyakkan puasa sunat

Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit."(Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir Khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi: “Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.


PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABANMengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.

Doa bulan rejab,syaban dan ramadhan -->

Pemasaran Emel Dengan Autoresponder

Salam dan selamat sejahtera,
Kali ini saya nak kongsi ilmu mengapa kadang-kadang kita lihat internet marketer dapat menjana rm5000- rm10,000 sehari ?
Jawapannya adalah mereka menggunakan 
AUTORESPONDER untuk memasarkan bisnes mereka


Salah satu alat terbaik yang anda boleh miliki untuk kempen pemasaran emel adalah 
autoresponder. Terdapat banyak faedah yang anda boleh dapat melalui sistem begini, tetapi 
perkara terbaik ialah autoresponder akan menguruskan kempen pemasaran anda sepanjang 
masa tanpa kegagalan, yang juga bermaksud anda sebagus jurujual 24-jam untuk 
mempromosikan kempen pemasaran online anda. Pernahkah anda lihat surat jualan yang 
memberitahu anda bahawa mereka akan menjawab pertanyaan anda walaupun pukul 2 pagi? 
Jangan menganggap bahawa mereka terus berjaga sepanjang masa mengawasi peti surat 
mereka. Tetapi sebenarnya mereka menggunakan autoresponder yang menghantar respon 
automatik ke sistem pertanyaan, dengan segera.

Kepada orang yang menerima, ini benar-benar ciri yang hebat. Mereka tidak perlu menunggu, 
mereka mendapat semua jawapan dengan segera. Semasa anda merancang untuk 
mengautomasikan tugas sebanyak mungkin demi menjimatkan masa untuk tugas penting yang 
lain, anda memang tidak boleh abaikan autoresponder.

Mari kita lihat beberapa faedah yang anda dapat dengan autoresponder:-

Ia Membina Squeeze Page
Inilah satu faedah terbaik. Pada squeeze page, anda memerlukan butang yang pelawat perlu 
isi dengan nama dan emel mereka. Autoresponder ada kod lazim yang anda boleh guna pada
 laman web anda yang mana menghasilkan borang-borang ini. Bukan itu saja, ia boleh 
merekodkan maklumat yang pelawat anda letakkan dan menyimpannya dengan selamat untuk 
komunikasi kemudian hari.

Ia Menghantar Jawapan Segera
Sebaik saja alamat emel diterima, autoresponder akan hantarkan mereka jawapan segera, 
yang mana secara automatik. Anda boleh tetapkan jawapan ini pada bila-bila masa supaya 
jawapan yang anda buat itu akan menuju ke orang-orang ini. Kata-kata ialah tugas anda, servis 
ialah tugas autoresponder.

Ia Meneruskan Kempen Pemasaran Emel Anda
Apabila anda hendak menghantar emel promosi selanjutnya kepada semua lead ini, anda 
tidak perlu mengisi semua alamat mereka secara manual. Autoresponder yang telah 
menyimpan maklumat mereka akan menghantar emel-emel ini kepada semua orang yang 
berada dalam senarai itu dengan segera.

Ia Mengesan Jawapan
Sebarang jenis respon yang emel ini terima akan direkodkan oleh autoresponder dan akan 
dilaporkan kepada anda. Anda tidak perlu mengesannya langsung. Hakikatnya, anda boleh 
mengautomasikan jawapan kepada mereka melalui autoresponder- autoresponder ini.

Perkara terbaik ialah tanggapan. Lead anda akan mengetahui betapa tekunnya anda tentang
 seluruh perkara ini. Mereka akan rasa gembira membuat bisnes dengan anda kerana 
ketepatan servis yang anda pamerkan melalui autoresponder yang hebat ini.

Jika anda masih tidak mempunyai sebarang akaun autoresponder, daftarlah secara

PERCUMA disini

Apa maksud Allahu Al-Musta'an?


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Ada juga rakan-rakan yang bertanya, apa maksud Allahu Al-Musta'an
الله المستعان

Kalimah ini diambil daripada ayat al-Qur'an al-Karim daripada Surah Yusuf ayat ke 18 :

«قال بل سولت لكم أنفسكم أمرا فصبر جميل و الله المستعان على ما تصفون»

"...Bapa mereka berkata: "Tidak! Bahkan nafsu kamu memperelokkan kepada kamu suatu perkara (yang tidak diterima akal). Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan Allah jualah yang dipohonkan pertolonganNya, mengenai apa yang kamu katakan itu"

Kalimah ini juga didapati daripada ayat al-Qur'an al-Karim daripada Surah al-Anbiya' ayat 112 :
وَرَبُّنَا الرَّحْمَنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ

Yang bermaksud, "...Dan Tuhan kami itu Yang Maha Pengasih, Yang menjadi tempat/entiti memohon pertolongan terhadap segala apa yang kamu sifatkan"



Maka,
Allahu Al-Musta'an :

Allah itu Tuhan Yang Melimpah-limpah rahmatNya yang dipohonkan pertolonganNya

Sebagaimana petikan Syair Ilmu Nahu Matan Ibnu Aajarumiyyah oleh Imam An-Syanqiti :

والله أستعين في كل عمل
إليه قصـدي وعليه المتكل

Dan kepada Allah swt aku pohon bantu dalam tiap amal,
KepadaNya tujuanku dan ke atasnya aku bertawakkal!


Tambahan syarah [penjelasan] daripada rakan saya, al-Fadhil Akhuna Yahya Abdul Shukor al-Hafiz :
Jadi Al-Musta'an bermaksud, entiti yang dipohon pertolongan. Sebab, kalau kita sedar, bila kita sudah di tahap paling susah, tiada tempat/entiti yang dapat kita minta bantuan, melainkan Allah sahaja, kerana itulah Allah itu Al-Musta'an.
Dalam kata lain, bila sebut Allahul Musta'an, kamu perlu minta bantuan Allah! :)
Kalau tak nak pergi jauh sampai Anbiya' cukup pergi ke Surah Fatihah, Iyyaaka na'budu wa iyyaka na'staiin. Hanya kepada Engkau kami menghambakan diri, dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.
Wallahu ta'ala 'alam

سبحان الله وبحمده، سبحان الله العظيم

سبحان الله والحمدلله ولا إله إلا الله والله أكبر

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه اجمعين وسلم


Rahsia Saya Buat RM5000 dalam masa 3 hari!

Salam hormat


Minggu lepas dalam diam-diam saya
buat RM5000 dalam 3 hari dengan
kerja 15 minit sahaja.
Ya..bukan cakap kosong..tapi bukti
untuk tunjukkan sistem pemasaran ini
masih berkesan sehingga ke hari ini.
Ramai yang tahu bahawa sistem pemasaran
ini terbukti keberkesanannya tapi ramai
yang tak tahu bagaimana untuk bermula
dan apakah langkah yg tepat perlu diambil.
Kisah saya dahulu, setahun yg lepas saya
almost zero dalam internet marketing.
Tapi saya ambil jalan shortcut utk belajar
cara senang nak buat duit secara konsisten.
Cara shortcut saya adalah dengan belajar cara
sistem pemasaran ini berterusan.
Percaya tak anda rakan JV saya,Haszoor Muaidi
untuk produk terbaru kami lancarkan ini pernah
buat RM21,000 dalam masa sehari sahaja?
Dah lebih gaji 7 bulan tu untuk orang makan gaji 7 bulan.
Tapi apa rahsia kami? Hari ni kami bongkarkan!
Klik pada link di bawah:



Jika serius nak ikut cara kami..
kami tunjukkan jalannya. Tapi ingat..kami tak
mau anda dapatkan produk ini jika anda punyai
sifat cepat putus asa dan malas!
Terima kasih..See you inside! 

Jangan Lupa Buka Link Ini



Keutamaan Syarikat Bumiputera Dalam Perolehan Kerajaan!! Info Hangat Nie Boh!!! Jom Baca :)

Syarikat Bumiputera mempunyai nilai peratus keutamaan untuk memenangi perolehan 

kerajaan. Keutamaan ini adalah diberikan bagi mengekalkan daya saing dikalangan 

kontraktor Bumiputera agar dapat bersaing dengan kontraktor bukan Bumiputera. 

Dari segi definisi sebuah syarikat diiktiraf sebagai sebuah syarikat Bumiputera jika 

memenuhi kreteria seperti berikut:

1.    Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pemilikan saham syarikat dimiliki oleh Bumiputera dimana pemilikan saham individu Bumiputera hendaklah  melebihi saham individu bukan Bumiputera


2.    Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada Lembaga Pengarah syarikat dipegang oleh Bumiputera


3.    Jawatan Ketua Eksekutif, Pengarah Urusan atau Pengurus Besar dan jawatan-jawatan penting lain (key post) hendaklah dipegang oleh Bumiputera


4.    Sekurang-kurangnya 51 peratus daripada pekerja syarikat hendaklah terdiri dari Bumiputera


5.    Pengurusan kewangannya hendaklah dikuasai oleh Bumiputera


6.    Carta organisasi dan fungsi pengurusan syarikat hendaklah menunjukkan penguasaan sepenuhnya oleh Bumiputera.



Pemberian taraf Bumiputera dan pengeluaran sijil kepada sesebuah syarikat yang layak

bagi bidang bekalan dan perkhidmatan akan dibuat oleh Kementerian Kewangan sahaja 

dan bidang kerja akan dibuat oleh PKK sahaja.


Bagi perolehan yang melebihi RM 100,000, Jabatan atau Agensi kerajaan dikehendaki 

memberi keutamaan harga kepada syarikat Bumiputera untuk perolehan bekalan dan 

perkhidmatan mengikut peratusan yang telah ditetapkan seperti  di bawah: 



Nilai Perolehan Peratusan Keutamaan

  1. Melebihi RM 100,000 hingga RM 500,000 sebanyak 10 peratus

  2. Melebihi RM 500,000 hingga RM 1.5 juta sebanyak 7 peratus

  3. Melebihi RM 1.5 juta hingga RM 5 juta sebanyak 5 peratus

  4. Melebihi RM 5 juta hingga RM 10 juta sebanyak 3 peratus

  5. Melebihi RM 10 juta hingga RM 15 juta sebanyak 2.5 peratus


Keutamaan harga ini adalah berdasarkan kepada nilai tawaran terendah dan boleh 

diterima dari syarikat Bukan Bumiputera.

Contohnya tawaran terendah yang diterima oleh syarikat Bukan Bumiputera dalan 

sebuah tender adalah RM 10 juta. Maka peratus keutamaan adalah 5 peratus.

Kiraannya adalah RM 10 juta X 5 peratus = RM 500,000


Jika satu syarikat Bumiputera memasuki tender tersebut dengan RM 10.5 juta, syarikat

tersebut layak diberi keutamaan untuk memenangi tender tersebut dgn syarat melepasi 

keperluan teknikal. Walaupun terdapat syarikat bukan bumiputera yang menawarkan 

harga lebih rendah dari nilai tersebut.



Untuk lebih maklumat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi 

perolehan kerajaan. Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan

Baca Info Selanjutnya DISINI 

Teknik Memulakan Perniagaan Internet Dengan Percuma

Assalamualaikum dan salam hormat,


Pada pagi ini, saya ingin berkongsikan bersama anda teknik atau kaedah yang confirm 

menjadi untuk memulakan perniagaan internet bagi yang ingin menceburkan diri dalam 

bidang perniagaan internet.


Pertama sekali, anda perlukan modal untuk memulakan perniagaan anda. Tidak kira lah 

sama ada anda ingin menceburkan diri dalam bidang affiliate atau dropship. Hal ini lebih 

efisien jika anda lakukan pemasaran yakni berbayar.


Bagaimana kita boleh dapatkan modal untuk mulakan perniagaan internet ini?


Pertama sekali, saya cadangkan anda untuk memulakan perniagaan dengan menawarkan 

servis yang anda pakar dalam bidang tersebut. Sebagai contoh, jika anda pakar dalam 

bidang grafik dan design.Anda boleh tawarkan kepakaran anda untuk mencipta logo, 

mencipta timeline cover untuk fanpage, membina blog atau website.


Persoalan sekarang, di mana kita boleh tawarkan khidmat kita semua ini? Kalau pasaran 

kita kecil dan tidak luas, biarlah skil dan teknik kita hebat sekalipun memang tiada guna 

sebab tiada pembeli atau prospek.


Saya amat sarankan anda untuk mencuba untuk listingkan servis atau khidmat anda 

di Murahnya.my saya sendiri memulakan empayar perniagaan saya dengan 

meletakkan servis saya di Murahnya.my.



Oleh itu, kita dapat mulakan apa-apa perniagaan kita dengan pendapatan yang kita 

peroleh daripada Murahnya.my. Hal ini ibarat seperti kita tidak menggunakan wang 

sendiri untuk melabur dalam perniagaan kita.


Pada post yang seterusnya, saya akan cuba berkongsi bersama anda bagaimana 

menggunakan kaedah saya, Teknik Mudah Jana Pendapatan Dengan 

Murahnya.my dalam menjana wang daripada Murahnya.my . Jangan bimbang. 

PERCUMA SAHAJA.

Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini untuk hari ini. Sebarang pertanyaan boleh 

komen di bawah.



nazmizakaria.blogspot.com 


Mendoakan Kejayaan Anda!


Terima Kasih Saudara Aiman


Wah..Wah..wah .. Tajuk Menarik Nie Boh!!! Cara Mula Bisnes Gaya Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A.

Assalamualaikum dan salam hormat.


Alhamdulillah. Allah telah berikan ruang dan peluang bagi saya untuk berkongsi bersama

 anda kali ini.



Hari ini, saya nak fokuskan pada cara mula berniaga atau bisnes. Kerap kali juga saya 

terima soalan seperti, ‘Aku nak berniaga apa ya?’, ‘Servis apa ya yang aku boleh buat?’.



Selalu saya akan teringat tentang cara Saidina Abdul Rahman bin Auf R.A memulakan 

perniagaan amat berbeza dengan cara kita. Boleh sambung baca post ini kalau berminat:



Abdul Rahman bin Auf adalah seorang bisnesman yang sangat terkenal.


Beliau ikut dalam rombongan Nabi berpindah dari Mekah ke Madinah, dalam keadaan 

sehelai sepinggang.


Apabila tiba ke Madinah beliau bertanya, “Tunjukkan kepadaku di mana pasar?”


Jadi, daripada pertanyaannya itu kita membaca Saidina Abd. Rahman bin Auf.


Apabila beliau mahu memulakan bisnesnya di Madinah, beliau bukannya berfikir, “Aku 

mahu jual apa?”


Beliau mencari maklumat tentang keadaan pasaran di Madinah. Selepas dia tahu pasaran 

di situ, barulah beliau memikirkan apa produk yang dapat dijualnya di Madinah.


Selesai kisah sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang dirahmati Allah SWT.


Pendapat saya, lebih mudah untuk kita kenal pasaran dan prospek/ pelanggan 

berbanding tergesa-gesa untuk berfikir untuk jual produk/servis secara menkhinzir buta. 

Hal ini kerana mudah bagi kita melancarkan perang promosi habis-habisan.


Selain itu, kenali pelanggan yang akan berikan pulangan yang banyak berbanding mula 

menjual produk tanpa kenal prospek/pelanggan anda.


Kita menjual servis/produk untuk selesaikan masalah prospek/ pelanggan di samping 

mencari untung. Jika kerja buat kita kena dan memuaskan hati pelanggan, pasti kita akan 

dapat kembali pulangan yang kita sendiri tidak sangka.


Yang utama ialah kejujuran dalam perniagaan dan ikhlas dalam membantu menyelesaikan

 masalah pelanggan /prospek anda.


Sekian sahaja post daripada saya. Sebelum itu, sudi-sudi la sambung bacaan anda di 

bawah kalau berminat. . ....——————————-Terima kasi kerana sudi sambung bacaan anda.


Alhamdulillah, saya dah buat beberapa menu baru kalau anda sedar iaitu SERVIS dan 

PERCUMA .


Kalau anda berminat untuk mendapatkan SERVIS saya pada harga yang gila murah.

 Boleh lah, pm saya di Facebook :  http://www.facebook.com/vendiceaiman 


dengan pm ‘Nak kupon diskaun’  atau


mesej ‘Nak Kupon diskaun’ ke 0134059229. (Tak digalakkan)


Sumbangan Cerita dan Gambar Dari Saudara Aiman! (blogaiman.com)