Salam dan selamat sejahtera shabt semua .. sori sebb lama x update artikel terbaru .. maklumlah rumah xde
internet .. :) so nak update pon rasa berat untuk melangkah kaki ke Cyber Cafe ..
So jom baca entry saya kali ini yang berkaitan Tender/ Perolehan.
Terdapat sepuluh kaedah ataupun cara pihak kerajaan melakukan perolehan dan kita akan bincangkan
enam daripadanya yang menjadi kebiasaan bagi Jabatan atau Agensi kerajaan. Kaedah perolehan kerajaan
adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
Perolehan Melalui Pancar Wang Runcit
Kebiasaannya perolehan dengan cara ini adalah untuk membeli bekalan bagi kegunaan dalam kadar segera.
Jumlah harga setiap perolehan mestilah tidak melebihi RM 500 dan tiada dokumen perolehan diperlukan
tetapi mestilah disertakan dengan resit perolehan. Perolehan boleh dilakukan dari orang perseorangan, kedai
atau pembekal dan tidak perlu berdaftar dengan Kementerian Kewangan atau bertaraf Bumiputera.
Perolehan Melalui Kontrak Pusat
Barang yang biasa dibeli melalui kontrak pusat adalah seperti perabut, kenderaan, perkhidmatanpercetakan, uniform dan banyak lagi barang-barang yang bersifat gunasama. Perolehan dengan cara ini perlu
merujuk kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah
menggunakan pesanan kerajaan sebagai dokumen perolehan.
Pembelian Terus
Kaedah ini adalah yang paling popular, ia adalah untuk setiap jenis item yang melibatkan jumlahperbelanjaan tahunan sehingga RM 50,000 boleh dibuat dengan cara ini. Perolehan boleh dilakukan dengan
mana-mana pembekal yang berdaftar atau tidak berdaftar dengan Kementerian Kewangan sama ada
bertaraf Bumiputera atau bukan Bumiputera.
Sebelum melakukan pembelian terus, Jabatan atau Agensi kerajaan yang terlibat bertanggungjawab untuk
membuat kajian pasaran. Perolehan haruslah tidak tertumpu kepada satu-satu pembekal tertentu sahaja
selaras dengan prinsip yang diamalkan dalam melakukan perolehan kerajaan.
Untuk bidang khusus yang memerlukan lesen atau permit yang sah seperti kawalan keselamatan, farmasi dan
sebagainya perlulah mendapatkan lessen dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).
Bagi kontrak kerja yang bernilai tidak melebihi RM 20,000, perolehan boleh dibuat secara lantikan terus dikalangan kontraktor kelas F yang berdaftar dengan PKK di bawah kepala, sub kepala yang berkaitan.
Jabatan atau Agensi kerajaan perlulah menggunakan pesanan kerajaan atau inden sebagai dokumen
perolehan mengikut mana yang berkaitan.
Perolehan Melalui Sebutharga
Had nilai perolehan melalui sebutharga adalah melebihi RM 50,000 hingga RM 500,000. Jabatan atauAgensi kerajaan yang mengeluarkan sebutharga hendaklah mempamerkan pemberitahuan sebutharga (Notis
Sebutharga) di papan kenyataan awam Jabatan atau Agensi yang mengeluarkan sebutharga, mengiklankan
di akhbar utama dan juga mempelawa sebutharga kepada penyebutharga yang telah disenarai pendek.
Perolehan Melalui Tender
Tender dibahagikan kepada empat kategori iaitu Tender Terbuka, Tender Terhad dan Tender Secara Pra-Kelayakan dan Tender Rundingan Terus. Tender Terbuka dan Tender Terhad terbahagi kepada empat iaitu
Terbuka atau Terhad Tempatan, Terbuka atau Terhad Antarabangsa, Terbuka atau Terhad Khas
Bumiputera dan Terbuka atau Terhad khas kepada Pembuat atau Pengilang. Had nilai perolehan melalui
sebutharga adalah melebihi RM 500,000 ke atas.
Untuk lebih makulmat dalam perolehan kerajaan dan bagaimana untuk anda memenangi perolehan kerajaan.
Sila dapatkan ebook Rahsia Memenangi Perolehan Kerajaan. Klik link untuk dapatkannya:
http://www.perolehankerajaan.com/hop.php?ref=kerjakrajaan
Iklan Penaja : http://socialmediabar.com/jana-wang-dengan-handphone
Credit to Perolehan Kerajaan
No comments:
Post a Comment