10 Cara Tambah Jumlah Pelanggan

Salam sejahtera, 

Nz nak kongsikan tips tambah jumlah pelanggan
dimana tips ini disampaikan oleh 
Pakar Copywriter Malaysia
+Aqif Azizan

Jadi semoga bermanfaat dengan Tips ini
dan semoga berjaya didalam bisnes masing-masing



# TIPS
'10 Cara Tambah Jumlah Pelanggan'
Fasa Bisnes #1 – Belum Ada Pelanggan
Langsung
Cara 1Keyakinan Sosial 

Membina keyakinan sosial. Wujudkan
akaun laman sosial seperti Facebook.
Kemudian kongsikan maklumat yang
berkait rapat dengan bisnes.
Cara 2Kumpul Data Pelanggan

Mulakan dari peringkat awal. Ambil
data prospek seperti nama, alamat, e-mel,
nombor telefon dan sebagainya. Data-
data ini boleh berikan keuntungan besar
untuk jangka masa panjang.
Cara 3 Introductory Discount

“Pertama kali rugi, kali kedua buat duit
berkali-kali.” Kita tawarkan diskaun yang
kecil risikonya di mata pelanggan. Jika
produk kita RM50, maka kita berikan
diskaun RM5 sahaja. Hadkan jumlah
tawaran ini supaya kita boleh kawal
kerugian jangka masa pendek, untuk
memperoleh keuntungan jangka masa
panjang.
Cara 4Dagang Maklumat

Dalam setiap bisnes, pasti ada maklumat
penting yang pelanggan suka untuk
dapatkan secara percuma. Sebagai contoh,
jika kita menjual produk seperti tudung,
soalan yang biasa bermain dalam fikiran
pelanggan adalah, “Apakah trend desain
tudung yang dipakai oleh artis-artis Malaysia?”

Kita boleh berikan maklumat ini secara
percuma kepada pelanggan. Jika maklumat
itu bagus, pelanggan lebih mudah yakin
dan percaya untuk berurusan dengan kita.

Cara 5Kumpul Koleksi Testimonial

Susah-susah dapatkan testimonial dahulu,
senang-senang kemudian hari. Testimonial
dikenali sebagai rujukan sosial. Secara
psikologinya, pelanggan suka beli apabila
mereka tahu ada orang lain sudah membeli
produk kita.

Credit: +Aqif Azizan 

Ikhlas
toneexcel

p/s: Share pada kengkawan anda :)




p/s: Share pada kengkawan anda :)


No comments:

Post a Comment