Salam sejahtera, rakan-rakan blogger !
Hari ni, saya nak kongsikan 'Teknik
Follow-Up Prospek Sampai Beli'.
===
1) TEKNIK FOLLOW-UP
-----
➙ Berikan tawaran meleleh yang tak
dapat ditolak seperti diskaun pembelian
kedua, kejutan hadiah, konsultasi percuma
dan sebagainya.
➙ Berikan satu tempoh masa agar prospek
sentiasa alert.
===
2) BERAPA KALI PERLU FOLLOW-UP
-----
2 kali sehari. Anda perlu kreatif susun
ayat agar tak nampak seperti mendesak.
===
3) CADANGAN SKRIP FOLLOW-UP
-----
# Salam tuan/puan. Maaf mengganggu. Nak
tanya, tuan/puan masih berminat dengan produk
xxx? Stok kami hanya tinggal xxx sahaja lagi
dan saya tak jamin masih cukup untuk esok.
Oh ye...jika tuan/puan buat pembayaran sebelum
jam 11 malam ni, tuan/puan layak dapat diskaun
20% untuk pembelian kedua. Tawaran saya terhad
kepada xxx orang terawal sahaja. Terima kasih.
# Salam tuan/puan, macam mana dengan offer
saya? Masih berminat dengan produk xxx? Saje
nak ingatkan yang tawaran diskaun 20% tu tamat
jam 11 malam ni ye. Jika berminat, tuan/puan
boleh terus buat pembayaran ke ______.
===
4) MASA TERBAIK FOLLOW-UP
-----
➙ 7.30 - 8.00 pagi (jadikan SMS anda
adalah SMS pertama yang dilihat oleh prospek).
➙ 8.00 - 9.00 malam (Anda perlu dapatkan
duit prospek sebelum Maybank/CIMB maintenance.
Ok dah faham?
Semoga BERJAYA!
Ikhlas
-Nazmi-
P/s: Kurangkan GULA dalam pemakanan Dengan STEVIA Klik Sini --> "STEVIA MANIS"
No comments:
Post a Comment