Cara Nak Unlock Handphone AlcatelUntuk Kegunaan Link Telco Lain


Cara Nak Unlock Handphone AlcatelUntuk Kegunaan Link Telco Lain



Credit to: Miza Yusof

Siapa yang guna handphone Alcatel One Touch Glory 2S (SKMM Edition) mesti tau yang handphone tu tak boleh masukkan sim card lain selain sim card Digi sahaja. Saya dah berjaya unlock sim me lock dekat handphone tu. Terima kasih juga kepada Mirayusof sebab sudi kongsikan info.


So, saya nak share dengan korang semua macam mana cara untuk unlock sim me lock. How to unlock sim me lock ? Kalau korang jenis tak suka tunggu lama dan dengar operator Digi tu bercakap, dan untuk menjimatkan masa korang boleh skip dan ikut cara saya :

1. Call Digi Helpline, 016 221 1800.
2. Tekan 2 (untuk pilihan bahasa Melayu)
3. Tekan 4 (Berkenaan dengan Produk Digi)
4. Tekan 4 (Untuk bercakap dengan Perunding Perkhidmatan Digi)

5. Tunggu sebentar, perunding perkhidmatan Digi akan melayani korang.


Lepas tu perunding perkhidmatan Digi akan tanya korang nombor telefon yang korang gunakan (nombor Digi), nama penuh dan nombor IC untuk pengesahan. Then, dia akan tanya lagi, apa IMEI number telefon korang. Nasihat saya, sebelum call Digi Helpline, make sure korang dah siap sedia dengan IMEI number. Ini untuk memudahkan korang supaya tak gelabah dan kelam kabut. Betul tak ? Meh study sikit pasal IMEI number :)


Apa itu IMEI number ? IMEI number ialah International Mobile Equipment Indentity. Macam mana cara nak check IMEI number ? Macam ni caranya check IMEI number handphone  koran.

    Taip *#06# lepas tu tekan butang Call. Nombor siri unik yang dipaparkan itulah IMEI number korang. 
·         Boleh tengok IMEI number pada pelekat yang ditampal bawah bateri.
·         IMEI number juga boleh didapati di kotak handphone korang.


Selepas semua butir yang diminta (nama penuh, nombor IC, nombor telefon dan nombor IMEI) disahkan, korang akan diberi satu nombor unik, Sim Me lock code (ala-ala pasword gitu). Simpan Sim Me lock code tu sebab nombor kod tu akan digunakan untuk unlock sim me lock. Then masa korang masukkan sim card Celcom atau Maxis (selain sim card Digi) dekat handphone Alcatel One Touch Glory 2S, akan keluar macam ni (refer gambar) dekat skrin :



Alhamdulillah, yeayyy finally dah boleh melompat kegembiraan sebab handphone Alcatel One Touch Glory 2S korang dah boleh masukkan sim card selain sim card Digi. So, enjoy with your handphone. Sebelum nak enjoy, make sure habiskan dulu prepaid dekat sim card Digi Prepaid Smart Plan ye. Kalau tak, rugilah korang :)


UPDATED : Sila simpan Sim Me lock code yang diberi. Manalah tahu handphone korang tetiba ter"off" ke atau korang nak tukar sim card lain ke. Bila nak on/tukar sim card kena masukkan semula nombor kod tersebut.

p/s : Gigih menaip step by step. Komenlah sikit bila orang dah beri ilmu. Semoga ini dapat membantu korang, especially pengguna handphone Alcatel One Touch Glory 2S & Digi Prepaid Smart Plan (SKMM Edition). Kalau tak faham, boleh tanya dekat ruang komen :)

Salam disini saya updatekan yang terbaru cara unlock handphone alcatel dari telco HAPPY. Lihat video di bawah :)


Semoga berjaya ..
--------------------------

Ikhlas
Nazmi Zakaria

No comments:

Post a Comment