Ternakan Ketam Nipah - NIPAH ENTERPRISE(CA0128680-W)...'alam
semulajadi sumber inspirasi..'
Nak tahu tak kepunyaan sape Nipah Ent. ni???
NIPAH ENTERPRISE(CA0128680-W)
Nama sebenar Cik Pah, Syerifah Zarina
anak ke-2 dari 4 beradik
Menetap di Pekan Pahang.
Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Sains Politik dari
UIA.
Cik Pah boleh di hubungi di email:
sherifa_habshe@yahoo.com/
ketamnipahku78@yahoo.com
Pepatah kegemaran:
"di mana ada kemahuan,di situ lah ada jalannya"
Tahniah kepada Cik Pah kerana berjaya menternak ketam nipah
:)
Eh jap ade orang kata ternak ketam nipah ni HARAM!!!
Ok di sini saya akan ulaskan bagaimana ketam nipah tidak jatuh haram
Sebagai pelajar akuakultur di Universiti Malaysia Terengganu, dan maklumat in di
perolehi daripada Prof. Madya. Dr. Mhd Ikhwanuddin Abdullah yang pakar dalam
bidang ternak
ketam nipah(MENJURUS CARA-CARA MENTERNAK KETAM KULIT LEMBUT)
berkata ketam nipah bukanlah satu binatang "DUA ALAM"
MENGAPA???
kerana ketam nipah mempunyai satu kaki renang di belakang di mana kaki ini digunakan
untuk renangan dan ketam nipah ini bukan berada di atas darat (tak boleh naik ke
darat).
ketam nipah ini akan berada didalam satu lubang di kawasan paya bakau yang berisi
"AIR"
KAKI RENANG KETAM NIPAH
Sumber : http://ketam4u.blogspot.com
so kalau KETAM YANG DIKATAKAN HARAM MACM MANA PULAK???
yang dikatakan haram adalah ketam yang HIDUP DUA ALAM
bermaksud ketam yang hidup dua alam nie tidak mempunyai kaki renang di bahagian
kaki terakhir ketam tersebut. Ketam seperti ini selalunya mempunyai kaki untuk berjalan
sahaja iaitu kesemua kakinya adalah kaki yang TAJAM
sebagai tambahan lagi saya sertakan
Hukum Menternak Ketam Nipah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehsal
Agama Islam kali ke-26.Keputusan Muzakarah :
" Perusahaan menternak ketam nipah adalah harus kerana ia bukan
binatang dua alam…”
Jadi boleh ajer sahabat-sahabat nak bertanya kepada Ustaz-ustaz atau tok-tok guru
pondok untuk
penjelasan. Andai pendapat diorang lain kemukalah ke sini. boleh-boleh kita tambah
ilmu , InsyaAllah ;)
Berapa lak kan harga di pasaran ???
HARGA
Manakala harga yang dikenakan berbeza mengikut saiz ketam..
Ketam saiz besar = RM30 sekilo (600g-keatas)
Ketam saiz sederhana = RM25 sekilo (400g-599g)
Ketam saiz kecil = RM24 sekilo (300g- 399g)
Giler mahal boh!!!
Ramai yang tak tahu lagi sebenarnya
KETAM KULIT LEMBUT LAGI MAHAL!!!!
SELALUNYA RESTORAN YANG SUKA AMBIL KETAM KULIT LEMBUT NIE
BOLEH MAKAN SEKALI KULITNYA BOHHHH ;)
Alhamdulillah belajar akuakultur di Universiti Malaysia Terengganu membuka mata saya
dan mendapat ilmu tentang menternak ketam kulit lembut.. Heheh
ingat lepas graduted nak buat gak ketam tapi
ketam kulit lembut
InsyaAllah
Doakan Admin Yek! :)
Terima Kasih
So sampai sini saje
Kalau nak tahu lebih lanjut klik gambar-gambar di bawah dan anda akan di bawa ke
laman yang memberi info yang menarik dan ada yang memberi cara nak menternak nya
sekali
Perghhh .. So tunggu apa lagi ???
Mula la cari ilmu dan bela la sendiri ketam nipah nie.. boleh gak dapat $$$$$$
hehehehe
Semoga Berjaya kepada yang mahu mencuburi bidang
Ternak Ketam Nipah Ini
Klik Sini
ketam jantan
ketam betina
Nak tengok sistem dan cara ternak yang terbaik tengok sini
Tambahan Hukum Yang Boleh Dimakan Dan cara mematikan Ketam Nipah Ada DIsini
Teknologi Ternak Ketam Klik Sini
Ok sampai sini sahja perkongsian saya
Semoga Berjaya Anda Sekalian.
;)
Terima Kasih Sudi BAca. Share Lah Sikit YEk ke kengkawan-kengkawan yang lain
.. hehe :)
Ikhlas
Nazmi Zakaria