Empower Network !!! Adakah Ia Sesuai Untuk Anda???


Empower Network- Satu Penipuan Zaman Ini!-PIRAMID SCAM-HYPE SCAM


Salam dan selamat sejahtera .. sebelum saya memberi pandangan jujur saya tentang empower network, ia sebenarnya bukanlah affiliate program. Ia nya diketahui setelah saya join bisnes ini.. ia lebih kepada bisnes pyramid.

Empower Network adalah bisnes internet yang menggunakan plaform MLM dengan sistem piramid scam yang menjadikan orang atas anda kaya..kaya..kaya..kaya..dan kaya...

Disini saya bukan orang yang tak suka MLM tetapi saya tak suka dengan sistem pyramid yang digunakan .. Jika sistem empower network ini seperti MLM yang lain iaitu tidak memberikan 100% bonus tajaan kita pada orang atas seperti yang ada di Malaysia..


Penerangan Empower network



Name:  Empower Network
Website:  
www.empowernetwork.com
Price:
$25/mth basic, $100/mth inner circle, $19 payment, $500 Costa Rica Intensive
Owners:
David Wood & David Sharpe
Overall Rank:
0 out of 100 points (yes, ZERO)


Empower network adalah salah satu bisnes internet yang membenarkan ahli-ahlinya menjana pendapatan melalui online tanpa pengetahuan dan pengalaman imu bisnes di internet serta tanpa kesulitan dan masalah apabila melakukan pekerjaan ini di rumah. Empower network juga membantu team-team mereka dengan memberikan tips-tips yang menarik, memberikan ilmu pemasaran di facebook dan sebagainya, informasi produk yang berkualiti dengan perkhidmatan digital iaitu platform blogging.

Sistem ala-ala affiliate(tetapi sebenarnya sistem piramid MLM) yang mereka ketengahkan memberikan pendapatan 100% komisen jika anda berjaya menaja seorang downline anda.

Sebagai contoh harga produk empower network ialah $25 bersamaan RM 80, jika anda berjaya menaja seorang maka RM 80 yang itu akan diberikan kepada anda 100%!

Berapakah harga produk empower network?

1-(Ini adalah harga permulaan untuk anda sertai) Harga ahli untuk mendapatkan sistem blog empower network ini adalah sebanyak $25=RM80 setiap bulan dan anda akan mendapat sitem blogging.

Contoh blog empower network -->

http://www.empowernetwork.com/nealizham/


2- Untuk menjadi rakan affiliate empower network anda perlu membayar lagi sebanyak $19.95= RM 62. Setelah membayar untuk menjadi rakan affiliate, barulah link yang anda dapat dan anda promosikan akan mendatangkan hasil pada diri anda. Jika anda tidak membayar $19.95 maka tiadalah hasil jika ada orang menyertai anda.

3-Dan juga jika anda membuat keputusan untuk bersama dengan ahli bulatan dalaman (diperlukan untuk membuat kejayaan drastik) sebanyak $ 100 sebulan perlu ditambah.


4- Setelah anda mempunyai lebihan wang atau keuntungan dari menjalankan bisnes empower network anda perlu menghadiri setiap program empower network jalankan yang berharga


--Program 'Inner Circle' yang berharga $100 sebulan.







Ini adalah produk utama latihan berterusan, yang terdiri daripada latihan audio dan wawancara daripada pakar-pakar pemasaran dalam dunia pemasaran online, jualan langsung, dan pemasaran rangkaian.


Ia dikemaskini antara 2 hingga 4 kali seminggu dengan bahan audio baru yang boleh dimuat-turun, atau untuk didengar secara online di dalam laman ahli.

Semua latihan audio semasa daripada Inner Circle ini disediakan untuk ahli-ahli aktif untuk dimuat-turun pada bila-bila masa.




Harga semasa keahlian Inner Circle adalah sebanyak USD$100 sebulan= RM 300, dan 100% daripada bayaran USD$100 ini dibayar kepada upline anda yang berkelayakan, secara berterusan setiap bulan selagi pelanggan kekal aktif di dalam program tersebut.

-- Siri Video 'Costa Rica Mastermind Intensive'


Video ini berarga USD $500 = RM1500 sekali bayaran. 


Video ini adalah eksklusif, 12 jam rakaman video profesional berkualiti daripada satu perjumpaan ‘mastermind’ yang diadakan di sebuah rumah 10,000 kaki persegi, menghadap laut berhampiran rumah gunung David Wood di Costa Rica.

Para peserta telah membayar sebanyak USD$2997 untuk menghadiri bengkel mastermind 3 hari ini, dan David Wood telah meliputi secara terperinci keseluruhan struktur perniagaan untuk bermula, mengekal, dan memperkembangkan empayar pemasaran online, bersama-sama dengan 4 jurulatih jemputan – David Sharpe, Chris Rocheleau, Lawrence Tam, dan The MLM Brothers, yang meliputi keseluruhan asas pemasaran internet dan saikologi jualan ‘hipnosis’ untuk mengembangkan sebarang jenis perniagaan jualan langsung ke tahap ketinggian tanpa had.


Produk ini boleh diperolehi dengan pembelian sekali sebanyak USD$500, merangkumi 42 halaman manual pengajaran online, 12 jam video profesional, kuiz, dan panduan langkah demi langkah.


Produk ini menawarkan 100% komisen pembayaran langsung daripada keseluruhan USD$500, dan ia beroperasi di bawah sistem ‘powerline terbalik’ di mana komisen langsung 100% ke atas jualan 
ke-2, 4, 6 dan setiap jualan ke-5 dilepaskan (pass-up) kepada rakan affiliate powerline yang layak. Maksud disini ialah USD$500 itu akan dapat jika downline ke 2, 4, 6 anda membayar dan anda akan mendapat 100% USD$500 manakala downline yang ke-5 membayar wang dia sebanyak USD$500 akan diberikan kepada upline anda yang layak.


5- Program15K Formula -Sekali sahaja bayaran - USD$995



Pada peringkat ini lebih tertumpu kepada latihan teknikal dan mengajar ahli-ahli bagaimana untuk pasaran dalam secara Online. Latihan adalah berasaskan sekitar strategi tentang bagaimana untuk mencari petunjuk yang disasarkan dan mengembangkan perniagaan online anda dalam skala jangka panjang.


6- Retreat Masters - Sekali sahaja Pembayaran - USD$ 3,500

Tahap Retreat tuan adalah salah satu kenyataan terbaru dan terdiri daripada kira-kira 40 latihan individu bersama-sama dengan buku kerja bagi membolehkan individu untuk belajar
dan memperolehi pendapatan.


Tahap Retreat tuan adalah salah satu kenyataan terbaru dan terdiri daripada kira-kira 40 latihan individu bersama-sama dengan buku kerja bagi membolehkan individu untuk belajar
dan memperolehi pendapatan.

Apakah anda perlu lakukan setelah mempunyai akauan MLM ala-ala affiliates???

Anda perlu membeli/ mendapatkan autoresponder untuk set-up capture page yang diberikan kepada autoresponder anda dan menjadikan sistem ini 100% Automatik menggunakan pemasaran email.







No comments:

Post a Comment